Resipi Ungkep Ayam Tua

Assalamualaikum semua,

Hari ni aku nak kongsikan resipi ungkep. Sebenarnya ungkep ni bermakna tutup dalam bahasa Jawa. Dan masakannya pun perlu ditutup sehingga masak. Dalam banyak-banyak masakan pada aku, masakan jawa memang sangat sedap dan terkesan di hati. Walaupun tak pandai cakap jawa tapi jiwa jawa tu tetap hidup. Sebab mak memang selalu masak masakan jawa. Lebih-lebih lagi lauk ungkep. Memang hidangan wajic tiap kali raya.

Meh kita tengok apa bahan-bahan dia.

Ungkep Ayam Tua


Ungkep Ayam Tua

Sumber : Air Tangan Ita


Bahan-bahan:

1 ekor ayam tua (dibuang kulit dan dibersihkan, lebih sedap kalau guna hati lembu atau ayam tua)
1 senduk Minyak masak
garam secukup rasa
air asam jawa (satu cawan)
gula secukup rasa
air secukupnya

Rempah:

1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit
3 batang serai
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
6 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh letak lebih)




Cara-cara:

1. Kisarkan kesemua rempah.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis rempah sehingga naik bau.
3. Masukkan garam dan gula..gaul rata.. kemudian masukkan ayam tua yang siap dipotong, dicuci dan gaul rata.
Masukkan air asam.
4. Tutupkan kuali dan buka sekejap-sekejap untuk kacau supaya dia masak rata.
5. Tutup api apabila ayam sudah empuk.
6. Boleh dihidangkan ketika masih panas.

selamat mencuba!


Comments

Post a Comment

Popular Posts